Perang Dunia II Hans-Jurgen_von_Arnim

Von Arnim menyertai Tentera Darat Imperial pada tahun 1907 dan mengambil bahagian dalam Perang Dunia I. Selepas perang, beliau kekal dalam Reichswehr dan kemudian Wehrmacht. Arnim memerintah Divisyen Ke-52 Infantri dalam pencerobohan Poland dan pertempuran Perancis. Pada Oktober 1940, Arnim diberi memerintah Divisyen Ke-17 Panzer.

Von Arnim mengambil bahagian dalam Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan Soviet Union dan pada 1 Oktober 1941, beliau mengambil alih pemerintahan Kor XXXIX Panzer sehingga November 1942.

Pada 20 Februari 1943 beliau dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Ke-5 Panzer dibawah Erwin Rommel di Afrika Utara yang kemudian beliau gantikan sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat Afrika pada 10 Mac 1943. Beliau menyerahkalah kepada tentera British pada 12 Mei 1943 akibat dari kejayaan Operasi Vulcan and Strike pihak Bersekutu.[1]

Von Arnim telah dipenjarakan bersama dengan 24 jeneral Jerman yang lain di Kem Clinton, Mississippi,[2] dan telah dibebaskan pada 1 Julai 1947.[3]

Beliau meninggal dunia pada tahun 1962 di Bad Wildungen, Jerman.